Friday, April 8, 2011

Aku Setia di sisimu..Sayang..

Sinopsis
Alisya Natasya.. gadis berlesung pipit ini  sering kali membuatkan ramai lelaki terpikat pada senyumannya. Namun, peristiwa sebanyak 2 kali dikecewakan, membuatkan hatinya sudah tertutup buat insan bergelar lelaki. Namun, hati wanita ibarat kerak nasi, apabila terkena air lama – kelamaan ia akan lembut, begitu juga hati Alisya Natasya.
“Terima kasih sebab hadirkan cinta dalam hidup saya”
Akmal Hariz.. putusnya kasih yang dibina membuatkan dia hampir putus asa dengan hidup. Namun, kehadiran seseorang insan yang tidak diduga menimbulkan kembali rasa yang telah hilang dari dalam dirinya. Dia bertekad, gadis itu akan dimiliki dan dia ingin menjadikan gadis itu suri di hatinya. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Semuanya sudah tersurat, perpisahan yang menyakitkan bakal menghancurkan sebuah hati.
“Maafkan Rez, Rez doakan Isya bahagia. Rez tak mampu nak tunaikan janji Rez. Rez yakin Isya akan dapat seorang suami yang lebih baik dari Rez. Selamat tinggal sayang”
Emir Qayyum… dia tidak pernah terfikir untuk berkeluarga. Seluruh hidupnya hanya ditumpukan untuk membahagiakan ibu tersayang. Kerana ibunya, dia sanggup berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Namun, semuanya tidak seindah yang disangka. Perkahwinan yang disangka membawa kebahagiaan hanyalah sekadar sebuah perhiasan. Namun, Tuhan itu Maha Mendengar, segala rintihan dan harapan hamba yang soleh pasti akan ditunaikan. Hanya waktu yang menentukan segalanya.
“Abg akan tunggu saat itu sayang. Sayang adalah isteri abg dunia akhirat, dan abg akan jaga sayang lebih dari abg jaga diri abg. I love u so much”

 “ Along!!!”. Kuat kedengangaran suara Amirul Syafiq menjerit memanggil nama kakaknya dari luar rumah. Berkali – kali dia melihat jam Casio di tangan kirinya. Mulutnya mengutarakan butir perkataan yang kurang jelas butirannya. Sekali lagi nama kakaknya dipanggil. Dia sudah penat menanti. Sudah 15 minit menunggu. Janji pukul 10 pagi, tapi pukul 10.15 pun kakaknya masih tidak muncul – muncul di depan pintu rumah.
            Isssh. Geram betul la dengan along ni. Orang da kata jangan lama – lama, dia lama – lama jugak. Pompuan kalu tak buat orang laki tunggu memang tak sah. Sapelah yang cipta alat mekap ni. Menyusahkan betul. Kalu la pakwe along yang tunggu sekarang ni, confirm pakwe dia tensen. Hehehe. Eh, tapi along tak da pakwe la. Bila la agaknya nak rasa nasi minyak along. Mesti best kan?. Tapi along muda lagi, baru umur 22 tahun. Tak mau la bagi along kawin awal – awal. Nanti kena jaga anak sedara lak. Tak mau la. Hehehe.
“ Mirul… ada nampak kasut along yang warna hitam tak?”. Suara Alisya Natasya mengejutkan Amirul yang sedang asyik berkhayal. Segera dia menjuihkan bibir tanda tidak tahu. “ Alah, along pakai la kasut apa pun. Bukannya nak jumpa pakwe pun. Kuar dengan Mirul je. Cepatla along, Mirul da penat tunggu ni”. Seraya mendengar luahan hati Amirul, Alisya segera mencapai kasut putih yang berada di atas rak kasut. Bosan nanti jika Amirul merajuk kerana penat menunggunya bersiap.
“ Mama, along pergi dulu ek. Mirul da buat muka sepuloh sen ni.” Alisya menjeling Amirul di sebelah. Amirul buat muka lagi. Alisya tertawa di dalam hati. Hodoh sangat bila Mirul buat muka macam tu. Hehehe. Amirul yang memandang buat tak tahu. Kakak aku ni da tak betul kot. Senyum sorang – sorang lak tu. Demam apa. Tak pasal – pasal nanti along kena hantar Tanjung Rambutan. Giliran Amirul lak yang tersenyum sorang – sorang. “ Along, jom la”..akhirnya mereka berdua berlalu meninggalkan rumah dan menuju ke destinasi di mana banyak duit yang akn terbang melayang. Hehehe.. Shopping complex..
“Mirul, mirul tengok – tengok la kasut ni dulu ek. Along nak pergi tandas jap. Jangan merayau pergi tempat lain, susah along nak cari”. Sempat Alisya memberi kata – kata nasihat buat adik lelakinya itu. Bukan dia tak tau kerenah si Amirul. Dari kecil sampai sekarang tak pernah nak berubah. Suka merayau – rayau. Kalu reti balik tempat asal tak pe la, ni menyusahkan orang pulak kena menghabiskan tenaga mencarinya. Alisya meleretkan senyuman mengenangkan tingkah Amirul. Tak sangka cepat betul waktu berlalu. Mirul da besar dan dia pun dan makin tua. Ops.. Belum tua lagi la, baru 22 tahun je..hehehe..Muda lagi..Sedang dia asyik tersenyum sorang – sorang macam orang yang kena sampuk tiba – tiba je..GEDEBUK.. dia terjatuh di atas badan seorang lelaki.
“awak”. Suara garau itu mengejutkan Alisya. Alisya cuba bangkit dari badan lelaki itu, tapi sekali lagi, Gedebuk..dia terjatuh lagi. Muka Alisya diserbu kemerahan, malu dengan insiden yang terjadi.
Kenapa la tumit kasut ni patah time ni. Hishh, malu betul dgn laki ni. Tak pasal – pasal badan aku jatuh atas dia. Nasib la laki tu tak marah, kalu tak, tak tau apa la aku nak jawab. Huh, lega betul. Lain kali aku tak mau da pakai kasut tumit tinggi. Cukuplah jatuh tadi. Kalu tumit patah time melintas jalan tak keharu dibuatnya. Mintak simpang malaikat 44. “along”. Panggilan Mirul mengejutkan lamunan Alisya. Matanya meliar mencari lelaki tadi, namun sia – sia. Huluran maaf masih tidak cukup untuk lelaki tadi.
………………………………………………………………………………………………………
“Tuttt, tutttt”. Sekali lagi Alisya mendail, sekali lagi bunyi engaged kedengaran. Hatinya sedikit terkilan. Sudah hampir seminggu Harez mendiamkan diri tanpa khabar berita. Semuanya bermula sejak kejadian yang tidak diduga seminggu yang lepas.
Alisya masih setia menanti Harez yang sedang diperiksa oleh doctor. Hatinya tidak senang melihat perubahan yang berlaku pada diri Harez sejak akhir – akhir ini. Seolah – olah Harez menanggung sesuatu yang amat sukar. Tapi dia bingung memikirkan masalah Harez. Jika selama ini, Harez mempunyai sebarang masalah Harez akan bercerita kepadanya. Namun, sejak akhir – akhir ini Harez lebih banyak mendiamkan diri.
Alisya mengeluh buat kesekian kalinya. “Rez.. mana Rez pergi??. Dah banyak kali Isya kol Rez tapi Rez lansung tak jawab. Rez tak faham ke perasaan Isya. Isya rindu sangat kat Rez. Lagipun Rez da janji nak buat persiapan tentang perkahwinan kita. Tinggal sebulan je lagi. Mama asyik suruh Rez datang rumah je. Rez cepatla balik jumpa Isya ek. Tak payah la buat Isya macam ni”. Tanpa disedari mengalir titik – titik jernih dari mata bundarnya. Apakah ini rindu??
………………………………………………………………………………………………………
“ Aida, aku merayu sangat kat kau. Tolong rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan Alisya. Aku sayang dia sangat, aku tak mahu dia sedih”. Berkali – kali Harez merayu di depan Rozaida. “ Rez, kau kan tahu hari perkahwinan korang da nak dekat. Takkan kau nak buat keluarga Isya malu. Kenapa tak kau berterus terang je dengan Isya. Kalau kau berterus terang semuanya tak akan jadi masalah. Keluarga Isya akn faham.”. Tegas suara Rozaida membangkang cadangan yang diutarakan Harez. “ Tapi ,..aku tak mampu Aida.. Aku harap kau faham. Aku sayangkan Isya sangat – sangat. Aku tak sanggup tengok harapan dia hancur lebur sebab aku.”. setitis air mata gugur ke bumi. “Tapi Rez, aku yakin ada cara yang lebih baik daripada ka uterus mendiamkan diri macam ni. Aku..”. Belum sempat Rozaida menghabiskan kata – kata, kedengaran suara Harez yang kelihatan sangat lemah. “ Tolong aku Aida. Aku Cuma mintak tolong tentang hal ni..aku merayu Aida”. Aida terkaget, mampukah dia menghancurkan harapan Alisya dan menghancurkan harapan Harez??
……………………………………………………………………………………………………..
Harez masih seperti semalam. Batuk- batuk kecil sentiasa kedengaran dari bibir yang dulu selalu tersenyum. Kini, bibir itu pucat tanpa senyuman. Semuanya seolah – olah mati kerana virus yang sedang menular perlahan –lahan dalam diri Harez. Harez ,merenung keluar tingkap. Ingatannya kepada Alisya segera menerjah di minda. Ahh. Kesian gadis itu, ditinggalkan tanpa sebarang berita. Namun, semua  ini dilakukan untuk kebaikan semua pihak. Dia tidak mahu gadis itu menagisi nasib malang yang menimpa dirinya. Tidak sanngup bagi dirinya melihat gugurnya air mata jernih dari kekasih tersayang.
“Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak. Saya tak mahu awak menagis sebab saya. Bila awak menangis, jiwa saya seolah – olah hancur kerana gagal membahagiakan awak. Isya, Rez terlalu sayangkan Isya. Rez janji yang Isya akan dapat seorang suami yang lebih baik dari Rez. Tapi ingatlah yang Rez akan sentiasa mencintai Isya walaupun nyawa Rez da bercerai dengan jasad. “
“Assalamualaikum”. Lamunan Harez sebentar tadi hilang bagai ditiup angin. Bibir yang tadi pucat cuba dimaniskan dengan sebuah senyuman. Perlahan – lahan salam itu di jawab. Lelaki yang masih lagi dengan kot putih itu berjalan menghampiri Harez. “Kau macam mana?. Insyaallah tak lama lagi kau akan sembuh”. Bibirnya sekali lagi cuba dimaniskan. “Mir”. Perlahan suara Harez kedengaran. Lelaki itu hanya mengangguk apabila namanya disebut. “Aku nak mintak tolong kau satu perkara. Aku harap sangat kau dapat tunaikan permintaan aku. Kau tahu kan umur aku da..”. “Stop Rez. Umur kau masih panjang. Insyaallah tak lama lagi kau akan sembuh. Kau kena kuatkan semangat kau. Aku yakin kau boleh sembuh”. Harez mendengar kata – kata semangat dari sepupunya itu. Dia tahu, Emir hanyalah menyedapkan hatinya sahaja. Dia tahu sangat. Emir cuba menanam semangat kental di hatinya yang sudah mula mencair. “ Mir..kau tahukan roh orang yang da meninggal tak akan tenang selagi permintaannya tidak tercapai”. Harez masih sempat menumbuk bahu Emir. “Aku harap sangat kau boleh tolong aku”. Sayu suara Harez menuturkan kata. Berharap sepupunya itu sudi membantu.
“Aku tak mampu Rez, aku bukan kau. Aku tak pernah bercinta. Lagipun aku tak pernah kenal dia”. Keras suara Emir tidak setuju dengan cadangan Harez. Gila. Mana boleh main pas – pas. Kalu barang tak pe la jugak, ni nak main pas – pas anak dora orang. Terfikir di kepala Emir yang Harez sudah buang tabiat. Da nak mati ke sepupu aku yang sorang ni. Opps. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nasih kata – kata itu hanya berlegar dikepala. Kalau kata – kata tersebut dilafazkan, tak ke haru biru jadinya.. Ishh. Simpang malaikat empat puluh empat. Kenal tidak, bercinta lagilah, aduh kenapalah Harez ni buat permintaan yang mengarut. Kalau nak benda lain boleh jugak diusahakan. Ni diminta jadi pengganti  pengantin lelaki. Aduh.. Masalah besar ni. Melibatkan dalam dan luar negara ni. Emir da mula pusing kepala. Pening memikirkan gelagat Harez yang bertukar menjadi kanak – kanak umur 5 tahun.
………………………………………………………………………………………………………
“ Mama, jangan paksa along macam ni”, sayu kedengaran suara Alisya merayu mamanya. Dia tidak mahu dipaksa. Matanya meminta simpati yang amat. Namun, tiada kata – kata yang bias terluah dibibir, Pn. Aisyah hanya memandang sayu satu – satunya anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya. Namun, dia tidak punya pilihan lain. Semuanya sudah di atur, tetamu sudah dijemput, makanan sudah ditempah dan khemah sudah siap dipasang. Alisya terpaksa menurut kerana dia tidak mahu lelaki yang selama ini dipercayai oleh dirinya dan oleh Alisya lebih – lebih lagi sudah menghilangkan diri dua hari sebelum tarikh perkahwinan mereka.
“ Along, mama dan pak ngah dah buat keputusan. Majlis ni tetap akan berlansung dengan meriah walaupun pengantin lelaki dah hilangkan diri”.  Tegas kedengaran suara mamanya di cuping telinga Alisya. Matanya yang sedari tadi tidak henti – henti menitiskan air mata seoalh – olah telah dilanda musim kemarau. Tiada lagi mutiara halus yang mengalir. Hanya renungan mata yang penuh dengan seribu makna yang kelihatan. Alisya bangun dan menjauhkan diri dari mamanya. Pn. Aisyah hanya diam. Dia sudah buntu untuk memujuk Alisya. Ya Allah, kau kuatkan lah hati anak aku untuk menghadapi semua ini. Aku tahu dia anak yang dengar perintah ibu bapanya. Aku yakin Ya Allah.
…………………………………………………………………………………………………….
Perkahwinan berjalan dengan sangat meriah. Tetamu yang datang tidak putus – putus mengucapkan ribuan tahniah untuk pasangan pengantin baru. Emir yang memakai baju melayu berwarna hijau muda nampak tampan, lebih – lebih lagi ditambah dengan senyuman yang tidak lekang dipipi. Namun, semua itu tidak bermakna bagi Alisya. Tetamu yang hadir seolah – olah memerli dirinya. Ahh. Dia berasa tertekan. Seolah – olah semua tetamu mententertawakan dirinya yang terpakasa berkahwin dengan insan yang tidak pernah dicintai. Dari semalam, matanya tidak henti – henti mengalirkan air mata. Kini, air kata itu seolah – olah sudah dilanda musim kemarau yang panjang.
……………………………………………………………………………………………………..
Petang itu Emir pulang lebih awal daripada biasa. Dia ingin memberi kejutan buat isterinya. Tarikh keramat ini merupakan tarikh lahir Alisya Natasya. 24 Mei. Hari ini genap 26 tahun usia isterinya. Sebelum pulang tadi dia sempat membeli sebiji kek untuk dijadikan kejutan buat isteri tersayang. Semoga hati isterinya lembut dan tidak marah – marah seperti selalu. Dia sedar perkahwinan yang dibina hanya sebuah lakonan semata – mata. Lakonan untuk menyatakan bahawa dia sangat bahagia dengan isterinya walaupun hakikatnya sangat jauh berbeza. Namun, dia sedar bahawa suatu hari nanti, Tuhan akan membuka pintu isterinya untuk menerima kehadiran seorang suami disisi.
……………………………………………………………………………………………………..
“Rez..Rez..jangan pergi tinggalkan Isya Rez. Isya merayu kat Rez..” Emir terkejut apabila mendengar suara meracau dari bilik tidur isterinya. Segera dia melangkahkan kaki menuju isterinya yang kelihatan seolah – oalh sedang meratapi sesuatu. Perlahan – lahan dia mendekati tubuh isterinya. Tanpa disedari secara automatik dia meraba dahi isterinya. Sah. Isterinya demam, tapi petang tadi tak nampak macam gaya orang demam. Demam baru nak jadi kot, detik hati kecilnya.  Sedang asyik dia memerhati wajah isteri yang belum pernah disentuh itu,terasa tangannya tiba – tiba dirangkul lalu di bawa ke tempat yang tidak sepatutnya. Tangannya dipeluk erat oleh Alisya.  Dadanya mula berdebar – debar. Terasa hangat tubuh isterinya mula menular seperti terkena aliran elektrik. Dicium ubun – ubun isterinya dengan penuh rasa kasih seorag suami.
“Sayang, abang tak pernah mencintai orang lain. Sejak abg jumpa syg, abg da mula jatuh hati. Tapi abg tak pernah cuba nak cari sayang. Abg takut abg lalai dengan tugas abg sebagai seorang anak. Abg takut nanti mak abg rasa tersisih. Mak hanya ada abg seorang sejak ayah meninggal. Tapi abg selalu berdoa agr abg dapat jumpa sayang satu hari nanti. Dan Tuhan tu Maha Mendengar. Kita bukan sahaja dipertemukan sebaliknya kita dijadikan pasangan suami isteri. Sayang, abg tau perkahwinan ni sebab sayang terpaksa. Tapi abg janji, yang sayang tak akn pernah rasa menyesal kawen dengan abg. Abg akan sentiasa di sisi sayang. Tak kira susah ataupun senang sebab sayang adalah isteri abg dunia akhirat.”
……………………………………………………………………………………………………..
Emir berteleku seorang diri. Kenangan pada Harez mula bermain – main di anak matanya. Setitis air mata jernih perlahan – lahan mengalir di pipi. Rez, aku da tunaikan permintaan kau. Tapi Alisya tak pernah menerima aku sebagai seorang suami. Dia masih mengharapkan kau hadir dalam hidupnya. Semalam pun dia mengigau menyebut nama kau. Aku tak dapat jaga dia Rez, aku gagal jadi suami yang baik tuk Alisya. Cinta dia pada kau terlalu teguh sampaikan tak ada setitik ruang kosong untuk aku, suami dia masuk dalam hati dia. Aku sedih Rez, aku kecewa.
………………………………………………………………………………………………………
Emir masih setia disisi Alisya walaupun sudah hampir 4 hari Alisya koma sejak kemalangan yang hamper meragut nyawa mereka berdua. Teguhnya kasih seorang suami untuk seorang isteri yang tercinta. “sayang, sayang cepat sedar ye..semua orang tunggu sayang sedar. Dorang semua rindukan sayang. Mama tak dapat datang teman sayang hari ni. Mama demam sebab asyik piker pasal sayang. Abang pun rindukan sayang sangat-sangat, sayang sedar ye. Abang janji tak kan paksa sayang cintakan abg lagi. Abang akan tunggu cinta tu dalam diri sayang. Sayang bangunla, abang merayu sangat2.”
…………………………………………………………………………………………………….
“mama, Isya kat mana ni mama. Isya nak balik rumah kita. Isya tak nak duduk sini lagi”. Suara Alisya merayu kedengaran seperti kanak – kanak kecil yang berumur 6 tahun. Tiba – tiba setitik air jernih mengalir di pipi Pn. Aisyah. Kata – kata doctor sewaktu Alisya sedar sangat menghiris perasaannya. Hati ibu mana yang tidak terluka apabila diberitahu anak yang dikandung selama ini tiba – tiba hilang ingatan. Namun, walau begitu pahit kenyataannya, Pn. Aisyah cuba menanam semangat kental dalam dirinya. Walaupun Alisya hilang ingatan, Tuhan itu Maha mendengar luahan hatinya. Alisya masih mampu mengenal dirinya, Ya, dia ibu kandung Alisya. Dia akan tabah demi melihat kebahagian anak yang tersayang. “ mama akan kuat demi sayang. mama janji mama akan bawa balik kebahagia dalan diri sayang”. “ Isya, isya kena tinggal kat hospital dua tiga hari je lagi. nanti mama janji mama bawak isya balik. Mir pun akan tinggal sama – sama dengan kita ye sayang”. Lembut suara seorang ibu memujuk  anak kesayangan. “mama, mir tu sape?. Pn. Aisyah terdiam. air matanya mengalir laju. “mama”. Tangisan Pn. Aisyah nyata mengundang perasaan hairan di benak Aisya.  “syang rehat ye..mama nak pergi sembahyang dulu”
……………………………………………………………………………………………………..
“mama”. Suara Emir nyata mengundang lagi tangisan di hati Pn. Aisyah. segera dipeluk menantunya yang satu itu. “maafkan mama mir. mama bersalah. mama da hancurkan hidup mir, mama mintak maaf.” laju setiap patah perkataan keluar dari mulut Pn. Aisyah. Emir hanya terdiam. kelu apabila diperlakukan begitu. “mama, tak ada sape pun yang bersalah dalam hal ini. ni semua kehendak Allah ma. takdir da tentukan ini adalah perjalanan hidup mir. dan Mir yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ma.”. Tenang Emir meluahkan kata untuk menenangkan ibu mertuanya..Tiba – tiba terdengar keluhan kecil dari mulut ibu mertunya itu. “ hmmm..kalau Harez tak tinggalkan Alisya semua ni takkan jadi. Alisya takkan sedih. sejak harez pergi mama tak pernah tengok Alisya senyum. mama tau yang kamu terseksa sebab kena kawen dengan Alisya. “ teresak-esak Pn. Aisyah menuturkan kata – kata. “ Ya Allah ma. mengucap ma. ni bukan salah Harez. ni salah Mir sebab terima permintaan Harez.”.
“Mir..”Pn. Aisyah tersentak dengan pertuturan yang dilafazkan Emir. apa Emir kenal Harez?.. Emir terdiam. rahsia yang tersimpan kemas selama ini telah tersingkap.. Semuanya kerana dia tidak sanggup mendengar pertuduhan terhadap Harez. maafkan aku Harez, aku tak sengaja.
………………………………………………………………………………………………………
            “Ya Allah. kenapa Emir buat macam ni?. Soalan itu bergema di minda Emir. Pn. Aisyah yang melihat tingkah Emir keliru. sekali lagi dia menyapa lembut Emir, mungkin soalan yang dilemparkan terhadap Emir telah menghiris hati Emir. “ Mama, maafkan mir sebab rahsiakan semua ni. mir da janji dengan Harez”. “Mir akan ceritakan semuanya pada mama. semuanya bermula bila…
Emir sekali lagi melawat sepupunya di kamar hospital. sejak beberapa hari lepas, permintaan Harez sentiasa berlegar-legar di fikirannya. Kalau boleh dia tidak ingin menghampakan permintaan Harez tapi dia tak mampu. Dia manusia dan juga seorang lelaki. Mana mungkin dia menerima tunang Harez tanpa mengenali hati budinya terlebih dahulu.  “ktok..ktok..ktok..”. ketukan pintu nyata menyedarkan Harez yang sedang lena. perlahan – lahan dia mendekatkan diri ke arah Harez. Harez hanya tersenyum. Emir juga cuba membalas senyuman Harez.
………………………………………………………………………………………………………
“Mir…aku tahu permintaan aku berat sangat..tapi aku harap sangat agar kau dapat tunaikan permintaan aku. Aku sayang sangat pada dia Mir. Aku tak sanggup tengok dia mengalirkan air mata sebab aku.” sayu kedengaran Harez menuturkan kata. Emir yang berada di sebelaha Harez hanya mendiamkan diri. Dia sendiri buntu memikirkan cara yang paling sesuai dalam menyelesaikan permintaan Harez. “ Aku mintak maaf Rez..aku takut aku tak mampu tunaikan permintaan kau. Dia sayangkan kau,,mana mungkin dia akn terima aku..” Akhirnya Emir meluahkan perasaan bimbang yang salami ini disimpan. Apakah dia akan bahagia apabila mengahwini perempuan yang nyata mencintai lelaki lain.