Tuesday, January 21, 2014

terkuburkah cinta 9

Ayu mengetap bibir..stereng kereta dihempas berkali kali..tangannya mula menunjukkan warna merah tanda mula sakit diperlakukan sebegitu..tapi..sakit di hati Ayu tidak dpt dibandingkn dengan sakit tangannya..ah..dia sendiri bingung..sudah hampir 3 tahun dia berjaya menghapuskan bayang wajah aisya di hadapan syahir..tapi kini semuanya musnah..kenapa asiya masih muncul dlam hidup mereka berdua..bersusah payah dia menanam cinta dalam diri syahir..dan saat syahir mula menerima diri dia..aisyah datang kembali..ahh...ayu mencapai telefon bimbitnya..laju tangannya mendail nombor seseorang..seorang lelaki yang sangat diharapkan..senyuman mula terukir di wajah ayu.."aisyah..kau takkan menang..syahir milik aku..dan selamanya akan jd milik aku..aku takkan sesekali biarkan kau bahagia.aku akan pastikan kau takkan bahagia..dan kau takkan mampu untuk senyum.." ayu sudah merancang sesuatu untuk aisyah..dia akan pastikan segala-galanya berjalan dgn lancar..sama seperti rancangan 3 tahun. .

Friday, April 8, 2011

Aku Setia di sisimu..Sayang..

Sinopsis
Alisya Natasya.. gadis berlesung pipit ini  sering kali membuatkan ramai lelaki terpikat pada senyumannya. Namun, peristiwa sebanyak 2 kali dikecewakan, membuatkan hatinya sudah tertutup buat insan bergelar lelaki. Namun, hati wanita ibarat kerak nasi, apabila terkena air lama – kelamaan ia akan lembut, begitu juga hati Alisya Natasya.
“Terima kasih sebab hadirkan cinta dalam hidup saya”
Akmal Hariz.. putusnya kasih yang dibina membuatkan dia hampir putus asa dengan hidup. Namun, kehadiran seseorang insan yang tidak diduga menimbulkan kembali rasa yang telah hilang dari dalam dirinya. Dia bertekad, gadis itu akan dimiliki dan dia ingin menjadikan gadis itu suri di hatinya. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Semuanya sudah tersurat, perpisahan yang menyakitkan bakal menghancurkan sebuah hati.
“Maafkan Rez, Rez doakan Isya bahagia. Rez tak mampu nak tunaikan janji Rez. Rez yakin Isya akan dapat seorang suami yang lebih baik dari Rez. Selamat tinggal sayang”
Emir Qayyum… dia tidak pernah terfikir untuk berkeluarga. Seluruh hidupnya hanya ditumpukan untuk membahagiakan ibu tersayang. Kerana ibunya, dia sanggup berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Namun, semuanya tidak seindah yang disangka. Perkahwinan yang disangka membawa kebahagiaan hanyalah sekadar sebuah perhiasan. Namun, Tuhan itu Maha Mendengar, segala rintihan dan harapan hamba yang soleh pasti akan ditunaikan. Hanya waktu yang menentukan segalanya.
“Abg akan tunggu saat itu sayang. Sayang adalah isteri abg dunia akhirat, dan abg akan jaga sayang lebih dari abg jaga diri abg. I love u so much”

 “ Along!!!”. Kuat kedengangaran suara Amirul Syafiq menjerit memanggil nama kakaknya dari luar rumah. Berkali – kali dia melihat jam Casio di tangan kirinya. Mulutnya mengutarakan butir perkataan yang kurang jelas butirannya. Sekali lagi nama kakaknya dipanggil. Dia sudah penat menanti. Sudah 15 minit menunggu. Janji pukul 10 pagi, tapi pukul 10.15 pun kakaknya masih tidak muncul – muncul di depan pintu rumah.
            Isssh. Geram betul la dengan along ni. Orang da kata jangan lama – lama, dia lama – lama jugak. Pompuan kalu tak buat orang laki tunggu memang tak sah. Sapelah yang cipta alat mekap ni. Menyusahkan betul. Kalu la pakwe along yang tunggu sekarang ni, confirm pakwe dia tensen. Hehehe. Eh, tapi along tak da pakwe la. Bila la agaknya nak rasa nasi minyak along. Mesti best kan?. Tapi along muda lagi, baru umur 22 tahun. Tak mau la bagi along kawin awal – awal. Nanti kena jaga anak sedara lak. Tak mau la. Hehehe.
“ Mirul… ada nampak kasut along yang warna hitam tak?”. Suara Alisya Natasya mengejutkan Amirul yang sedang asyik berkhayal. Segera dia menjuihkan bibir tanda tidak tahu. “ Alah, along pakai la kasut apa pun. Bukannya nak jumpa pakwe pun. Kuar dengan Mirul je. Cepatla along, Mirul da penat tunggu ni”. Seraya mendengar luahan hati Amirul, Alisya segera mencapai kasut putih yang berada di atas rak kasut. Bosan nanti jika Amirul merajuk kerana penat menunggunya bersiap.
“ Mama, along pergi dulu ek. Mirul da buat muka sepuloh sen ni.” Alisya menjeling Amirul di sebelah. Amirul buat muka lagi. Alisya tertawa di dalam hati. Hodoh sangat bila Mirul buat muka macam tu. Hehehe. Amirul yang memandang buat tak tahu. Kakak aku ni da tak betul kot. Senyum sorang – sorang lak tu. Demam apa. Tak pasal – pasal nanti along kena hantar Tanjung Rambutan. Giliran Amirul lak yang tersenyum sorang – sorang. “ Along, jom la”..akhirnya mereka berdua berlalu meninggalkan rumah dan menuju ke destinasi di mana banyak duit yang akn terbang melayang. Hehehe.. Shopping complex..
“Mirul, mirul tengok – tengok la kasut ni dulu ek. Along nak pergi tandas jap. Jangan merayau pergi tempat lain, susah along nak cari”. Sempat Alisya memberi kata – kata nasihat buat adik lelakinya itu. Bukan dia tak tau kerenah si Amirul. Dari kecil sampai sekarang tak pernah nak berubah. Suka merayau – rayau. Kalu reti balik tempat asal tak pe la, ni menyusahkan orang pulak kena menghabiskan tenaga mencarinya. Alisya meleretkan senyuman mengenangkan tingkah Amirul. Tak sangka cepat betul waktu berlalu. Mirul da besar dan dia pun dan makin tua. Ops.. Belum tua lagi la, baru 22 tahun je..hehehe..Muda lagi..Sedang dia asyik tersenyum sorang – sorang macam orang yang kena sampuk tiba – tiba je..GEDEBUK.. dia terjatuh di atas badan seorang lelaki.
“awak”. Suara garau itu mengejutkan Alisya. Alisya cuba bangkit dari badan lelaki itu, tapi sekali lagi, Gedebuk..dia terjatuh lagi. Muka Alisya diserbu kemerahan, malu dengan insiden yang terjadi.
Kenapa la tumit kasut ni patah time ni. Hishh, malu betul dgn laki ni. Tak pasal – pasal badan aku jatuh atas dia. Nasib la laki tu tak marah, kalu tak, tak tau apa la aku nak jawab. Huh, lega betul. Lain kali aku tak mau da pakai kasut tumit tinggi. Cukuplah jatuh tadi. Kalu tumit patah time melintas jalan tak keharu dibuatnya. Mintak simpang malaikat 44. “along”. Panggilan Mirul mengejutkan lamunan Alisya. Matanya meliar mencari lelaki tadi, namun sia – sia. Huluran maaf masih tidak cukup untuk lelaki tadi.
………………………………………………………………………………………………………
“Tuttt, tutttt”. Sekali lagi Alisya mendail, sekali lagi bunyi engaged kedengaran. Hatinya sedikit terkilan. Sudah hampir seminggu Harez mendiamkan diri tanpa khabar berita. Semuanya bermula sejak kejadian yang tidak diduga seminggu yang lepas.
Alisya masih setia menanti Harez yang sedang diperiksa oleh doctor. Hatinya tidak senang melihat perubahan yang berlaku pada diri Harez sejak akhir – akhir ini. Seolah – olah Harez menanggung sesuatu yang amat sukar. Tapi dia bingung memikirkan masalah Harez. Jika selama ini, Harez mempunyai sebarang masalah Harez akan bercerita kepadanya. Namun, sejak akhir – akhir ini Harez lebih banyak mendiamkan diri.
Alisya mengeluh buat kesekian kalinya. “Rez.. mana Rez pergi??. Dah banyak kali Isya kol Rez tapi Rez lansung tak jawab. Rez tak faham ke perasaan Isya. Isya rindu sangat kat Rez. Lagipun Rez da janji nak buat persiapan tentang perkahwinan kita. Tinggal sebulan je lagi. Mama asyik suruh Rez datang rumah je. Rez cepatla balik jumpa Isya ek. Tak payah la buat Isya macam ni”. Tanpa disedari mengalir titik – titik jernih dari mata bundarnya. Apakah ini rindu??
………………………………………………………………………………………………………
“ Aida, aku merayu sangat kat kau. Tolong rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan Alisya. Aku sayang dia sangat, aku tak mahu dia sedih”. Berkali – kali Harez merayu di depan Rozaida. “ Rez, kau kan tahu hari perkahwinan korang da nak dekat. Takkan kau nak buat keluarga Isya malu. Kenapa tak kau berterus terang je dengan Isya. Kalau kau berterus terang semuanya tak akan jadi masalah. Keluarga Isya akn faham.”. Tegas suara Rozaida membangkang cadangan yang diutarakan Harez. “ Tapi ,..aku tak mampu Aida.. Aku harap kau faham. Aku sayangkan Isya sangat – sangat. Aku tak sanggup tengok harapan dia hancur lebur sebab aku.”. setitis air mata gugur ke bumi. “Tapi Rez, aku yakin ada cara yang lebih baik daripada ka uterus mendiamkan diri macam ni. Aku..”. Belum sempat Rozaida menghabiskan kata – kata, kedengaran suara Harez yang kelihatan sangat lemah. “ Tolong aku Aida. Aku Cuma mintak tolong tentang hal ni..aku merayu Aida”. Aida terkaget, mampukah dia menghancurkan harapan Alisya dan menghancurkan harapan Harez??
……………………………………………………………………………………………………..
Harez masih seperti semalam. Batuk- batuk kecil sentiasa kedengaran dari bibir yang dulu selalu tersenyum. Kini, bibir itu pucat tanpa senyuman. Semuanya seolah – olah mati kerana virus yang sedang menular perlahan –lahan dalam diri Harez. Harez ,merenung keluar tingkap. Ingatannya kepada Alisya segera menerjah di minda. Ahh. Kesian gadis itu, ditinggalkan tanpa sebarang berita. Namun, semua  ini dilakukan untuk kebaikan semua pihak. Dia tidak mahu gadis itu menagisi nasib malang yang menimpa dirinya. Tidak sanngup bagi dirinya melihat gugurnya air mata jernih dari kekasih tersayang.
“Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak. Saya tak mahu awak menagis sebab saya. Bila awak menangis, jiwa saya seolah – olah hancur kerana gagal membahagiakan awak. Isya, Rez terlalu sayangkan Isya. Rez janji yang Isya akan dapat seorang suami yang lebih baik dari Rez. Tapi ingatlah yang Rez akan sentiasa mencintai Isya walaupun nyawa Rez da bercerai dengan jasad. “
“Assalamualaikum”. Lamunan Harez sebentar tadi hilang bagai ditiup angin. Bibir yang tadi pucat cuba dimaniskan dengan sebuah senyuman. Perlahan – lahan salam itu di jawab. Lelaki yang masih lagi dengan kot putih itu berjalan menghampiri Harez. “Kau macam mana?. Insyaallah tak lama lagi kau akan sembuh”. Bibirnya sekali lagi cuba dimaniskan. “Mir”. Perlahan suara Harez kedengaran. Lelaki itu hanya mengangguk apabila namanya disebut. “Aku nak mintak tolong kau satu perkara. Aku harap sangat kau dapat tunaikan permintaan aku. Kau tahu kan umur aku da..”. “Stop Rez. Umur kau masih panjang. Insyaallah tak lama lagi kau akan sembuh. Kau kena kuatkan semangat kau. Aku yakin kau boleh sembuh”. Harez mendengar kata – kata semangat dari sepupunya itu. Dia tahu, Emir hanyalah menyedapkan hatinya sahaja. Dia tahu sangat. Emir cuba menanam semangat kental di hatinya yang sudah mula mencair. “ Mir..kau tahukan roh orang yang da meninggal tak akan tenang selagi permintaannya tidak tercapai”. Harez masih sempat menumbuk bahu Emir. “Aku harap sangat kau boleh tolong aku”. Sayu suara Harez menuturkan kata. Berharap sepupunya itu sudi membantu.
“Aku tak mampu Rez, aku bukan kau. Aku tak pernah bercinta. Lagipun aku tak pernah kenal dia”. Keras suara Emir tidak setuju dengan cadangan Harez. Gila. Mana boleh main pas – pas. Kalu barang tak pe la jugak, ni nak main pas – pas anak dora orang. Terfikir di kepala Emir yang Harez sudah buang tabiat. Da nak mati ke sepupu aku yang sorang ni. Opps. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nasih kata – kata itu hanya berlegar dikepala. Kalau kata – kata tersebut dilafazkan, tak ke haru biru jadinya.. Ishh. Simpang malaikat empat puluh empat. Kenal tidak, bercinta lagilah, aduh kenapalah Harez ni buat permintaan yang mengarut. Kalau nak benda lain boleh jugak diusahakan. Ni diminta jadi pengganti  pengantin lelaki. Aduh.. Masalah besar ni. Melibatkan dalam dan luar negara ni. Emir da mula pusing kepala. Pening memikirkan gelagat Harez yang bertukar menjadi kanak – kanak umur 5 tahun.
………………………………………………………………………………………………………
“ Mama, jangan paksa along macam ni”, sayu kedengaran suara Alisya merayu mamanya. Dia tidak mahu dipaksa. Matanya meminta simpati yang amat. Namun, tiada kata – kata yang bias terluah dibibir, Pn. Aisyah hanya memandang sayu satu – satunya anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya. Namun, dia tidak punya pilihan lain. Semuanya sudah di atur, tetamu sudah dijemput, makanan sudah ditempah dan khemah sudah siap dipasang. Alisya terpaksa menurut kerana dia tidak mahu lelaki yang selama ini dipercayai oleh dirinya dan oleh Alisya lebih – lebih lagi sudah menghilangkan diri dua hari sebelum tarikh perkahwinan mereka.
“ Along, mama dan pak ngah dah buat keputusan. Majlis ni tetap akan berlansung dengan meriah walaupun pengantin lelaki dah hilangkan diri”.  Tegas kedengaran suara mamanya di cuping telinga Alisya. Matanya yang sedari tadi tidak henti – henti menitiskan air mata seoalh – olah telah dilanda musim kemarau. Tiada lagi mutiara halus yang mengalir. Hanya renungan mata yang penuh dengan seribu makna yang kelihatan. Alisya bangun dan menjauhkan diri dari mamanya. Pn. Aisyah hanya diam. Dia sudah buntu untuk memujuk Alisya. Ya Allah, kau kuatkan lah hati anak aku untuk menghadapi semua ini. Aku tahu dia anak yang dengar perintah ibu bapanya. Aku yakin Ya Allah.
…………………………………………………………………………………………………….
Perkahwinan berjalan dengan sangat meriah. Tetamu yang datang tidak putus – putus mengucapkan ribuan tahniah untuk pasangan pengantin baru. Emir yang memakai baju melayu berwarna hijau muda nampak tampan, lebih – lebih lagi ditambah dengan senyuman yang tidak lekang dipipi. Namun, semua itu tidak bermakna bagi Alisya. Tetamu yang hadir seolah – olah memerli dirinya. Ahh. Dia berasa tertekan. Seolah – olah semua tetamu mententertawakan dirinya yang terpakasa berkahwin dengan insan yang tidak pernah dicintai. Dari semalam, matanya tidak henti – henti mengalirkan air mata. Kini, air kata itu seolah – olah sudah dilanda musim kemarau yang panjang.
……………………………………………………………………………………………………..
Petang itu Emir pulang lebih awal daripada biasa. Dia ingin memberi kejutan buat isterinya. Tarikh keramat ini merupakan tarikh lahir Alisya Natasya. 24 Mei. Hari ini genap 26 tahun usia isterinya. Sebelum pulang tadi dia sempat membeli sebiji kek untuk dijadikan kejutan buat isteri tersayang. Semoga hati isterinya lembut dan tidak marah – marah seperti selalu. Dia sedar perkahwinan yang dibina hanya sebuah lakonan semata – mata. Lakonan untuk menyatakan bahawa dia sangat bahagia dengan isterinya walaupun hakikatnya sangat jauh berbeza. Namun, dia sedar bahawa suatu hari nanti, Tuhan akan membuka pintu isterinya untuk menerima kehadiran seorang suami disisi.
……………………………………………………………………………………………………..
“Rez..Rez..jangan pergi tinggalkan Isya Rez. Isya merayu kat Rez..” Emir terkejut apabila mendengar suara meracau dari bilik tidur isterinya. Segera dia melangkahkan kaki menuju isterinya yang kelihatan seolah – oalh sedang meratapi sesuatu. Perlahan – lahan dia mendekati tubuh isterinya. Tanpa disedari secara automatik dia meraba dahi isterinya. Sah. Isterinya demam, tapi petang tadi tak nampak macam gaya orang demam. Demam baru nak jadi kot, detik hati kecilnya.  Sedang asyik dia memerhati wajah isteri yang belum pernah disentuh itu,terasa tangannya tiba – tiba dirangkul lalu di bawa ke tempat yang tidak sepatutnya. Tangannya dipeluk erat oleh Alisya.  Dadanya mula berdebar – debar. Terasa hangat tubuh isterinya mula menular seperti terkena aliran elektrik. Dicium ubun – ubun isterinya dengan penuh rasa kasih seorag suami.
“Sayang, abang tak pernah mencintai orang lain. Sejak abg jumpa syg, abg da mula jatuh hati. Tapi abg tak pernah cuba nak cari sayang. Abg takut abg lalai dengan tugas abg sebagai seorang anak. Abg takut nanti mak abg rasa tersisih. Mak hanya ada abg seorang sejak ayah meninggal. Tapi abg selalu berdoa agr abg dapat jumpa sayang satu hari nanti. Dan Tuhan tu Maha Mendengar. Kita bukan sahaja dipertemukan sebaliknya kita dijadikan pasangan suami isteri. Sayang, abg tau perkahwinan ni sebab sayang terpaksa. Tapi abg janji, yang sayang tak akn pernah rasa menyesal kawen dengan abg. Abg akan sentiasa di sisi sayang. Tak kira susah ataupun senang sebab sayang adalah isteri abg dunia akhirat.”
……………………………………………………………………………………………………..
Emir berteleku seorang diri. Kenangan pada Harez mula bermain – main di anak matanya. Setitis air mata jernih perlahan – lahan mengalir di pipi. Rez, aku da tunaikan permintaan kau. Tapi Alisya tak pernah menerima aku sebagai seorang suami. Dia masih mengharapkan kau hadir dalam hidupnya. Semalam pun dia mengigau menyebut nama kau. Aku tak dapat jaga dia Rez, aku gagal jadi suami yang baik tuk Alisya. Cinta dia pada kau terlalu teguh sampaikan tak ada setitik ruang kosong untuk aku, suami dia masuk dalam hati dia. Aku sedih Rez, aku kecewa.
………………………………………………………………………………………………………
Emir masih setia disisi Alisya walaupun sudah hampir 4 hari Alisya koma sejak kemalangan yang hamper meragut nyawa mereka berdua. Teguhnya kasih seorang suami untuk seorang isteri yang tercinta. “sayang, sayang cepat sedar ye..semua orang tunggu sayang sedar. Dorang semua rindukan sayang. Mama tak dapat datang teman sayang hari ni. Mama demam sebab asyik piker pasal sayang. Abang pun rindukan sayang sangat-sangat, sayang sedar ye. Abang janji tak kan paksa sayang cintakan abg lagi. Abang akan tunggu cinta tu dalam diri sayang. Sayang bangunla, abang merayu sangat2.”
…………………………………………………………………………………………………….
“mama, Isya kat mana ni mama. Isya nak balik rumah kita. Isya tak nak duduk sini lagi”. Suara Alisya merayu kedengaran seperti kanak – kanak kecil yang berumur 6 tahun. Tiba – tiba setitik air jernih mengalir di pipi Pn. Aisyah. Kata – kata doctor sewaktu Alisya sedar sangat menghiris perasaannya. Hati ibu mana yang tidak terluka apabila diberitahu anak yang dikandung selama ini tiba – tiba hilang ingatan. Namun, walau begitu pahit kenyataannya, Pn. Aisyah cuba menanam semangat kental dalam dirinya. Walaupun Alisya hilang ingatan, Tuhan itu Maha mendengar luahan hatinya. Alisya masih mampu mengenal dirinya, Ya, dia ibu kandung Alisya. Dia akan tabah demi melihat kebahagian anak yang tersayang. “ mama akan kuat demi sayang. mama janji mama akan bawa balik kebahagia dalan diri sayang”. “ Isya, isya kena tinggal kat hospital dua tiga hari je lagi. nanti mama janji mama bawak isya balik. Mir pun akan tinggal sama – sama dengan kita ye sayang”. Lembut suara seorang ibu memujuk  anak kesayangan. “mama, mir tu sape?. Pn. Aisyah terdiam. air matanya mengalir laju. “mama”. Tangisan Pn. Aisyah nyata mengundang perasaan hairan di benak Aisya.  “syang rehat ye..mama nak pergi sembahyang dulu”
……………………………………………………………………………………………………..
“mama”. Suara Emir nyata mengundang lagi tangisan di hati Pn. Aisyah. segera dipeluk menantunya yang satu itu. “maafkan mama mir. mama bersalah. mama da hancurkan hidup mir, mama mintak maaf.” laju setiap patah perkataan keluar dari mulut Pn. Aisyah. Emir hanya terdiam. kelu apabila diperlakukan begitu. “mama, tak ada sape pun yang bersalah dalam hal ini. ni semua kehendak Allah ma. takdir da tentukan ini adalah perjalanan hidup mir. dan Mir yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ma.”. Tenang Emir meluahkan kata untuk menenangkan ibu mertuanya..Tiba – tiba terdengar keluhan kecil dari mulut ibu mertunya itu. “ hmmm..kalau Harez tak tinggalkan Alisya semua ni takkan jadi. Alisya takkan sedih. sejak harez pergi mama tak pernah tengok Alisya senyum. mama tau yang kamu terseksa sebab kena kawen dengan Alisya. “ teresak-esak Pn. Aisyah menuturkan kata – kata. “ Ya Allah ma. mengucap ma. ni bukan salah Harez. ni salah Mir sebab terima permintaan Harez.”.
“Mir..”Pn. Aisyah tersentak dengan pertuturan yang dilafazkan Emir. apa Emir kenal Harez?.. Emir terdiam. rahsia yang tersimpan kemas selama ini telah tersingkap.. Semuanya kerana dia tidak sanggup mendengar pertuduhan terhadap Harez. maafkan aku Harez, aku tak sengaja.
………………………………………………………………………………………………………
            “Ya Allah. kenapa Emir buat macam ni?. Soalan itu bergema di minda Emir. Pn. Aisyah yang melihat tingkah Emir keliru. sekali lagi dia menyapa lembut Emir, mungkin soalan yang dilemparkan terhadap Emir telah menghiris hati Emir. “ Mama, maafkan mir sebab rahsiakan semua ni. mir da janji dengan Harez”. “Mir akan ceritakan semuanya pada mama. semuanya bermula bila…
Emir sekali lagi melawat sepupunya di kamar hospital. sejak beberapa hari lepas, permintaan Harez sentiasa berlegar-legar di fikirannya. Kalau boleh dia tidak ingin menghampakan permintaan Harez tapi dia tak mampu. Dia manusia dan juga seorang lelaki. Mana mungkin dia menerima tunang Harez tanpa mengenali hati budinya terlebih dahulu.  “ktok..ktok..ktok..”. ketukan pintu nyata menyedarkan Harez yang sedang lena. perlahan – lahan dia mendekatkan diri ke arah Harez. Harez hanya tersenyum. Emir juga cuba membalas senyuman Harez.
………………………………………………………………………………………………………
“Mir…aku tahu permintaan aku berat sangat..tapi aku harap sangat agar kau dapat tunaikan permintaan aku. Aku sayang sangat pada dia Mir. Aku tak sanggup tengok dia mengalirkan air mata sebab aku.” sayu kedengaran Harez menuturkan kata. Emir yang berada di sebelaha Harez hanya mendiamkan diri. Dia sendiri buntu memikirkan cara yang paling sesuai dalam menyelesaikan permintaan Harez. “ Aku mintak maaf Rez..aku takut aku tak mampu tunaikan permintaan kau. Dia sayangkan kau,,mana mungkin dia akn terima aku..” Akhirnya Emir meluahkan perasaan bimbang yang salami ini disimpan. Apakah dia akan bahagia apabila mengahwini perempuan yang nyata mencintai lelaki lain.

Tuesday, September 28, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part8

Syahir mundar mandir di kamar tidurnya....sesekali kelihatan dia memicit-micit kepala..ahhh..akhirnya kata - kata itu terluah di bibir syahir..Ternyata pertemuan dengan Aisya petang tadi menggugat ketenangan dirinya selama hampir 6 bulan itu. pelbagai cara yang dia lakukan untuk melupakan gadis yang pernah mencuri hatinya. Kini, saat dia hampir dapat melupakan AIsya, pertemuan siang tadi menghancurkan usahanya selama ini. perhubungan yang dibina dengan Aisya hampir 3 tahun akhirnya terlerai begitu sahaja. Tanpa sebab dan alasan, percintaan mereka terputus di tengah jalan. Saat kenyataan itu singgah di telinganya, berkali - kali dia menafikan. kenapa diri dia ditinggalkan.
"sya, aku sayangkan kau, kenapa kau hadir dalam hidup aku lagi. tak puas ke kau da hancurkan harapan aku selama ini. ". Akhirnya Syahir terduduk sambil menangis meratapi nasibnya. Kenangan  lalu bermain di mindanya.
.....................................................................................................................................................................
Petang itu Syahir pulang agak lambat dari pejabat. sejak akhir - akhir ini, banyak kontrak yang diterima oleh syarikatnya. Masih teringat lagi kata - kata bapanya, En. Daud selaku pengasas syarikat perumahan ini. " Syah, ayah da tua. dan ayah harap Syah boleh galas tugas ayah dengan baik. ingatlah syah, bersusah payah ayah usahakan syarikat ni. dan kini, syarikat ni da mula setanding dengan syarikat lain. dan ayah rasakan, syarikat ni perlukan ketua komitmen dalam tugas macam Syah, ayah yakin syah mampu tunaikan apa yang ayah mintak. usahakan syarikat ni betul2 syah."

"hai syah". tubuh seksi Rohayu menerjah di balik pintu pejabat Syah. Rahayu, anak  kepada teman rapat ayahnya, Datuk Sulaiman, pemilik syarikat perumahan yang sama - sama berkerjasama dengan syarikat milik ayahnya. panggilan Rahayu tidak diendahkan oleh Syahir. dia malas untuk melayan telatah Rahayu @ ayu..Ayu melangkah perlahan apabila menyedari tegurannya tidak diendahkan oleh Syahir. "Syah, i'm calling u..u tak dengar ke i panggil?". sengaja Ayu melunakkan suaranya untuk menggoda Syahir. " Ayu, u tak nampak ke i buat apa. i cibuk. i malas nk layan u. ok!". keras suara Syahir menjawab persoalan Ayu. Ayu mula buat muka. dia tahu sukar untuk dia menarik perhatian Syahir. tapi dia nekad, satu hari nanti Syahir akan jadi milik dia. bukan milik Aisya. ahh.Aisya. nama itu mula membuatkan ayu bengang. dia sangat2 bencikan Aisya walaupun asiya tidak pernah berbuat salah dengannya. Dia bencikan Aisya kerana Aisya berjaya bertakhta di hati Syahir. Syahir...lelaki idamannya..

"Ayu!". sergahan Syahir mengejutkan lamunan Ayu. " i suruh u balik, baliklah. i ada banyak kerja ni.". ." syah, u ni tak pernah nk layan i baik2. dengan si aisya boleh pulak u cakap elok2. ain dengar u cakap dengan dia pun telinga i da berbulu. geli..tapi ingat syah..i x kn sekali2 putus asa. i akan dapatkan u walau apa cara sekalipun.bye sayang..mmuah".tanpa menunggu lama, Ayu melangkah laju keluar dari pejabat milik Syahir. namun dia sempat menitipkan kata - kata untuk lelaki idamannya itu.

Thursday, September 23, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part7

petang itu Harez dan Aisya berdua - duaan ke pasaraya. niat di hati mereka untuk membeli sedikit kelengkapan untuk cahaya mata mereka. inilah penyambung cinta antara mereka. . maklumalah, kali pertama bergelar ibu dan ayah terasa begitu berkobar - kobar. saat Aisya sedang asyik memilih baju untuk bayi yang bakal lahir, tiba - tibanya matanya tertancap pada seorang lelaki. "Syahir" kalimah itu berbisik halus dibibirnya. hatinya tiba2 gundah. semangatnya tiba - tiba hilang seperti disapa sang angin yang berlalu kencang...ahhh. kakinya melangkah menghampiri suami tercinta.. Harez yang sedang asyik memerhati buaian bayi terkejut disapa Aisya.
"sayang, kenapa ni. buat abg terkejut j.."Aisya hanya terdiam tanpa membalas kata - kata Harez. " syg da tgk ke nk bli baju yg mana tuk baby kita ni". saat itu Harez mengusap perut Aisya yang memboyot. Namun, tingkah Aiysa yang membisu disedari Harez." r u ok syg?". Aisya hanya terdiam, namun matanya masih tercari- cari kelibat Syahir. ahh. Dia tak kuat untuk berhadapan dengan Syahir.." abg, jom balik. syg rasa x chat"..Harez hanya menurut tingkah isterinya. namun, dia dapat meneka apa yang berada di fikiran Aisya. "jom sayang"..
sejak dari pulang tadi, Aisya membisu di dalam bilik. Harez pula dibiarkan sendirian di ruang tamu. Hati Harez mula di amuk rasa gelisah. Tadi dia dapat melihat gerak isterinya. Isterinya seolah-olah menyembunyikan diri dari seseorang. tapi siapa??,, persolan itu bermain - main di minda tanpa menyedari dia akhirnya terlelap di situ..
...................................................................................................................................................................

Sunday, September 19, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part6

hari pertama bergelar sebagai seorg guru dirasakn sungguh dasyat oleh Aina. pelbagai perkara yang tidak disangka terjadi. mujur dia masih mampu mengawal emosi. yg paling tidak dapat dilupakan ialah tumit kasutnya patah gara - gara dilempar oleh Azmi. ahh. tingkah anak muridnya yg seorng ini amat memeningkan kepala. dahulu, dia merasa bahawa tugas seorng guru itu senang, kini, segalanya berubah 100 %. Sebagai seorg guru Pendidikan Khas kesabaran yang amat tinggi perlu dipupuk. ahhh. hatinya saling bertingkah. apa dia masih mampu bersabar jika anak muridnya bertindak tanpa kawalan. Kerana insiden petang itu, dia pulang dengan memakai selipar jepun yang dipinjam. Nasib baik Pn, Norini mengoferkan selipar itu kepadanya, kalau tak, tak tahu la apa yg patut dia buat.

"ini pengalamna pertama aku. tp aku berjanji aku nk ubah sikap budak Azmi tu. kalau sikap dia x berubah memang makan hati la aku tiap - tiap hari. ". bibir Aina masih membebel apbila terkenangkan Azmi. namun, mulutnya terdiam seketika  saat sebuah kereta Satria Neo berhenti betul2 di hadapannya. Ahhh. sape la nak buat hal dgn aku ni. marah kt Azmi x hlg lg kang tak pasal2 lak aku marah org len.cermin kereta diturunkan, saai itu tersembul kepala Haikal . Haikal??. Haikal dgn Azmi..emmm..lebih kurang sama laa. suka menyusahkan org. huh.. " Hai cikgu Aina, pakai selipar jepun je ke pergi mengajar. ". sinis kata2 yg dihulurkan oleh Haikal. " lebih baik pkai selipar jepun dari berkaki ayam." itu jawapan atas persoalan Haikal. "Jom la saya hantarkan awak  balik. buat malu j pkai selipar jepun sambil tahan teksi". Haikal menawarkan diri untuk menghantar Aina pulang. ajakan itu lansung tidak diendahkan oleh Aina. aku rela naik teksi lagi dari naik kete dengan kau. itu kata2 yang terluah di hati Aina. belum beberapa langkah diatur, hujan tiba2 turun dengan lebat..lantas, tanpa berfikir lebih lama Aina meluru masuk ke dalam kereta Haikal. "tlg hantar saya pulang. thanks"

Haikal tersenyum melihat gelagat Aina tadi. tadi bukan main sombong. hahaha. padan muka. lain kali jual la mhal2 lg. kn da basah kuyup kena hujan. Aina hanya mendiamkan diri di sebelah Haikal.meluat dia melihat senyuman Haikal yg sedari tadi. ishh.. tak suka.. " haaacum". sesekali terdengar bersin dari mulutnya. "emmm.Tu la, tadi saya ajak awk awl2 jual mahal. sekarang awak da bersin da". Haikal mengomel namun terselit jua sedikit nasihat untuk Aina. Aina hanya membisu. dia memang mudah bersin jika terkena air hujan. ishh..menyesal la plak naik kete mamat ni....dari td lg dok bising. Ya Allah, cepatla sampai umah..

Saturday, September 18, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part5

suasana majlis konvokesyen yang bising dan gamat dengan ramai org lansung tidak diendahkan oleh Aina. hatinya masih sedih akibat kehilangan kedua ibu bapanya. kini, dia telah menjadi yatim piatu. sepi tanpa kasi seorang ibu dan bapa. hatinya menngis sayu. Ijazah perguruan yg digenggam dipandang sayu. " mama, abah, kenapa tinggalkan Aina cepat sgt. skrg ni sume org gembira sebab da habis blaja dan dpt ijazah. tapi sume tu tak bermakna bg Aina. mama dan abh tak ada untuk sama2 kongsi kejayaan ni". setitis air jernih mengalir lembut di pipinya. Tangis yg ditahan sedari tadi akhirnya terlerai jua.

Haikal penat melihat telatah adik bongsunya, dari td lg Tasya tak hbs2 bergambar. mcm2 pose yg di buat. Dia selaku tukang kamera nk rasa tergelak bila melihat gaya Tasya. sekarang Tasya sedang berbual dengan rakan2nya. Haikal lega melihat gelagat Tasya. boleh rehat jap, itu detik hatinya. Lantas dia berjalan mencari tempat untuk melepaskan lelah. tiba2 matanya singgah pada seorang gadis yang sedang termenung di sebuah bangku di bawah pohon yang rendang. entah kenapa kakinya tergerak untuk menghampiri gadis tersebut.

"assalamualaikum." Haikal memberi salam namun salamnya tidak bersambut. gadis itu kelihatan asyik termenung. Sekali lagi salam dihulurkan tetapi kali ini nada suaranya ditinggikan sedikit. gadis itu kelihatan terkejut. Haikal yang memandang tergelak kecil. Tak sangka salamnya mengejutkan lamunan gadis itu.." err.emm..wa..waalaikummussalam". tergagap - gagap gadis di hadapannya menjawab salam. Haikal tersenyum melibat tingkah gadis tersebut., " blh saya duduk kat sini". Itu taktik pertama untuk memikat. Gadis itu mengangguk lantas. " awak ada mslh k?, semua org kt sini hapy. tp awak mcm ada problem je". Haikal masih cuba memancing perhatian gadis di sebelahnya. Namun semuanya gagal. tiba2 gadis itu bangkit dari duduknya. Haikal berkira - kira apakah dia sudah mengganggu gadis itu. hatinya berfikir sendirian. " emm. saya ok je. thanks. bye.. kawan saya panggil saya". lantas gadis itu melangakh laju ke hadapan. Haikal hanya memandang langkah gadis itu dengan ekor mata. "x da peluang nk tackle awek la..apa la nasib badan. dtg sini buat penat j. si Tasy pula entah menghilang ke mana.
......................................................................................................................................................................

Petang itu Haikal pula dengan seribu keletihan. Penat menjadi juru kamera masih terasa kini dia diarahkan oleh uminya untuk menjadi pemandu ke pasaraya. entah apa la yg uminya ingin beli. tadi dia terdengar ada tetamu yg akan dtg makan malam dengan mereka sekeluarga. Siapala tetamu istimewa tu. ahh..apa aku kisah. istimewa ke tak istimewa yg penting tetamu yg nk dtg tu da susuahkan aku.. ahh..malasnyer.." Haikal, umi da siap ni. Haikal cepat sikit,nanti lambat lak umi nk masak jap lg". laungan Pn. Subaidah mengejutkan lamunan Haikal. " Jap umi. nak siap dah.". laju Haikal menyusun langkah mendapatkn uminya.

" umi, adik mana. abg x nampak adik pun". mata Haikal mencari kelibat Tasya. pada fikirannya Tasya akan ikut serta untuk menemani umi membeli barang2 dapur. "adik tidur. umi da kejut tapi dia kata penat. sebab tu umi ajak abg". Haikal hanya terdiam mendengar penjelasan uminya. Tak patut betul Tasya ni. tetamu yg nk dtg tu kawan dia. boleh plak dia lepas tgn lak. kesian lak umi kena pergi sorg2. yg lg x patut. kenapa dirinya pula yang terpaksa mengikut umi.,,ahh. ini tak adil..bentak hati kecilnya..lamunnanya terhenti saat mendengar hon kereta. mesti umi berleter jap lh..hehehe..tu la..suka berkhayal
....................................................................................................................................................................

" adik, ajak kwn adik tu masuk, tercegat j kat luar tak elok. mlm2 ni sejuk. " umi memberi arahan apabila melihat kelibat tetamunya malam itu. " Assalamualaikum mak cik." seraya Aina menghulurkan tangan menyalami tangan umi Tasya. " Waalaikummussalam. Aina sihat. umi mintak maaf pasal tak dapat hadir masa pengebumian ibu bapa Aina. umi tak sihat, kena masuk wad". salam Aina disambut dengan penjelasan yang lain. Aina hanya tersenyum. "tak pe makcik. Tasya da bgtau saya, terima kasih sebab mak cik sudi jemput saya mlm ni".Pn, subaidah tersenyum. lantas memeluk Aina. "aina tak payah panggil mak cik ni makcik. panggil umi je". Aina hanya mengangguk. " jom la kita ke dapur, umi da siapkan semuanya. aina mkn bnyk2 ye, umi tengok Aina ni makin kurus je." Aina masih mengangguk. di hati kecilnya terasa rindu dengan belaian seorang ibu. Ternyata tempoh 2 minggu dirasakan baru 2 hari. pemergian ibu bapanya masih diratapi.

"haikal, turun cepat. semua da siap tunggu kamu je ni. takkan la kamu nk buat tetamu umi ni tertunggu-tunggu. ". Haikal melangkah perlahan menuruni anak tangga., terasa penat untuk sama - sama memeriahkan majlis mkn malam. tapi semuanya bertukar saat Haikal menatap wajah tetamu yang sedang duduk di sebelah Tasya. gadis tadi. ye.. memang betul itu gadis tadi. tapi kenapa dia ada kt sini. soalan itu berlegar2 di benak Haikal. " Haikal, yg kamu tercegat mcm orng tgk hantu kenapa. isshh. budak ni. duduk". Haikal hanya tersenyum sumbing menyedari tingkahnya tadi. jeng jeng jeng.. tiba2 ada sinar indah yg terpancar di matanya. taktik ptg td tak jadi. sekarang dia akan mulakan taktik lain. ishh. kenapa la aku rasa gadis ni punya sesuatu yng istimewa. ahh..aku da jatuh cinta. " aduh" Haikal mengaduh kecil apabila pehanya dicubit oleh Taysa. " umi, tengok abg ni. mengelamun je. adik panggil banyak kali x dengar pun.da la abg tgk Aina mcm tengok hantu je. tak berkelip pun", papp. terasa darah merah meruap ke mukanya. Ya Allah, kenapa la aku ni. ishh. mengelamun lg. Aina. nama itu berlegar2 di kepalanya. "i will get her".tanpa disedari kata2 itu terluah dibibirnya. " abg, abg ckp apa, adik tak dengar la". papp. sekali lg darah merah menyerbu ke muka. " x da apa2 la. jom la mkn.,adik ni ada sound trouble ni"..

TERKUBURKAH CINTA??-part4

senyum Harez berbunga - bunga hari itu, Kamal yang melihat sedikit bingung dengan sikap Harez. entah - entah Harez dapat bonus dari bos tak.. itu detik hati kecilnya.. maklumlah, Harez ni pekerja kesayangan bos..tak mustahil Harez dapat durian runtuh dari bos. apalgi pau la sikit..hehehe. "ehehem..hapy nampak..dari tadi senyum memanjang..ada apa2 ke?". suara Kamal mengejutkan lamunan Harez. Ternyata Harez sedang berkhayal. Entah apa la yg dikhayalkannya. " Issh..kau ni asyik buat aku terkejut je.. nasib baik aku x da heart attack..kalu tak kesian anak aku x da ayah.." senyuman Harez semakin melebar saat keta - kata itu terucap dibibirnya. " Kau biar betul Rez..Kau da nk jd ayah ke??. Wahh..hebatla kau. Tak sangka yg kau x lama lg akan jd ayah. Tahniah Rez..". Ternyata ucapan Harez telah mengejutkan Kamal. Bulat matanya melihat Harez. tak sangka akhirnya teman sekerjanya mencapai bahagia setelah apa yang terjadi di awal perkahwin Harez dan Aisya dulu.

"syg...oh syg..abg da blk ni. abg da blikan buah laici yg syg mintak ni." Harez berjalan ke dapur sambl mulutnya memanggil - manggil nama Aisya. Entah kt mana la isterinya ni. tidur barangkali. maklumlah, sejak berbadan dua ni keje isterinya tido dan makan. hehehe..mengumpat isteri sendiri lak. Harez tertawa sendiri. selepas meletakkan plastik buah laici di atas meja dia bingkas naik ke bilik tidur. Penat di pejabat belum hilang. so, kenalah mandi biar segar lepas tu boleh rehat2 dengan isteri tersayang..x sangka akhirnya bahagia jugak perkahwinan dia dengan Aisya. Masih jelas tergambar saat mereka diijabkabulkan. " Tuhan..aku bersyukur pada Mu kerana memakbulkan doaku. terima kasih Ya Allah"

selepas mengemas meja sewaktu makan malam. Aisya menuju ke ruang tamu di mana Harez sedang leka menonton siaran bola. Teringat dahulu waktu di awal perkahwinan mereka. selalu sahaja bertengkar apabila ingin menonton televisyen. Harez yang gilakan bola selalu menang apabila menyentuh bab televisyen, Aiysa la yg kalah dan akhirnya merajuk. Indahnya saat itu hanya mereka yang tahu. Bergaduh, merajuk, adengan pujuk memujuk kemudian berbaik semula. Aisya mendapatkan Harez dan duduk di sebelah Harez. "abg, thanks ek sebab belikan syg laici. best je syg makn td". Harez hanya tersenyum ." syg makan x tinggal tuk abg pun.skrg abg lak yg kempunan. ". Harez tergelak saat menyakat Aisya. Dia suka melihat wajah Aisya yang memerah saat dia mengenakan Aisya. "emm. sory la abg.syg x tau abg pun nk mkn jugak. esok abg bli lg la ek". Aisya meletakkan kepala di bahu Harez. " hahaha..tu nk pujuk abg la tu..abg tak mau beli da.. kalau abg bli esok msti syg mkn hbs jugak'. Harez tertawa dalam hati saat dia melihat muncung Aisya, merajuk la tu. sejak mengandung ni macam2 ragam Aiysa. tapi dia tak kisah, sebab dia sygkan Aiysa sgt2.. " syg,,jom la tido. esok abg kna bgn awal2 sebab nk beratur bli buah laici.". habis j kata2 tu keluar dari mulut Harez satu cubitan singgah dipahanya. "abg n saje je nk knakan syg' syg nk tido sorg malam ni''bye abg.." Aisya bangkit dan berlari anak naik ke bilik tidur mereka. kedengaran ketawa kecil dari bibir mulus Aisya,   Harez juga bingkas bangun mengejar langkah Aisya. " mana blh macam ni. td syg x bls lg sb abg da bli buah laici tuk syg.". tangan Harez akhirnya memaut pinggang Aiys dan mereka sama - sama menaiki tangga menuju ke bilik tido.