Syahir mundar mandir di kamar tidurnya....sesekali kelihatan dia memicit-micit kepala..ahhh..akhirnya kata - kata itu terluah di bibir syahir..Ternyata pertemuan dengan Aisya petang tadi menggugat ketenangan dirinya selama hampir 6 bulan itu. pelbagai cara yang dia lakukan untuk melupakan gadis yang pernah mencuri hatinya. Kini, saat dia hampir dapat melupakan AIsya, pertemuan siang tadi menghancurkan usahanya selama ini. perhubungan yang dibina dengan Aisya hampir 3 tahun akhirnya terlerai begitu sahaja. Tanpa sebab dan alasan, percintaan mereka terputus di tengah jalan. Saat kenyataan itu singgah di telinganya, berkali - kali dia menafikan. kenapa diri dia ditinggalkan.
"sya, aku sayangkan kau, kenapa kau hadir dalam hidup aku lagi. tak puas ke kau da hancurkan harapan aku selama ini. ". Akhirnya Syahir terduduk sambil menangis meratapi nasibnya. Kenangan lalu bermain di mindanya.
.....................................................................................................................................................................
Petang itu Syahir pulang agak lambat dari pejabat. sejak akhir - akhir ini, banyak kontrak yang diterima oleh syarikatnya. Masih teringat lagi kata - kata bapanya, En. Daud selaku pengasas syarikat perumahan ini. " Syah, ayah da tua. dan ayah harap Syah boleh galas tugas ayah dengan baik. ingatlah syah, bersusah payah ayah usahakan syarikat ni. dan kini, syarikat ni da mula setanding dengan syarikat lain. dan ayah rasakan, syarikat ni perlukan ketua komitmen dalam tugas macam Syah, ayah yakin syah mampu tunaikan apa yang ayah mintak. usahakan syarikat ni betul2 syah."
"hai syah". tubuh seksi Rohayu menerjah di balik pintu pejabat Syah. Rahayu, anak kepada teman rapat ayahnya, Datuk Sulaiman, pemilik syarikat perumahan yang sama - sama berkerjasama dengan syarikat milik ayahnya. panggilan Rahayu tidak diendahkan oleh Syahir. dia malas untuk melayan telatah Rahayu @ ayu..Ayu melangkah perlahan apabila menyedari tegurannya tidak diendahkan oleh Syahir. "Syah, i'm calling u..u tak dengar ke i panggil?". sengaja Ayu melunakkan suaranya untuk menggoda Syahir. " Ayu, u tak nampak ke i buat apa. i cibuk. i malas nk layan u. ok!". keras suara Syahir menjawab persoalan Ayu. Ayu mula buat muka. dia tahu sukar untuk dia menarik perhatian Syahir. tapi dia nekad, satu hari nanti Syahir akan jadi milik dia. bukan milik Aisya. ahh.Aisya. nama itu mula membuatkan ayu bengang. dia sangat2 bencikan Aisya walaupun asiya tidak pernah berbuat salah dengannya. Dia bencikan Aisya kerana Aisya berjaya bertakhta di hati Syahir. Syahir...lelaki idamannya..
"Ayu!". sergahan Syahir mengejutkan lamunan Ayu. " i suruh u balik, baliklah. i ada banyak kerja ni.". ." syah, u ni tak pernah nk layan i baik2. dengan si aisya boleh pulak u cakap elok2. ain dengar u cakap dengan dia pun telinga i da berbulu. geli..tapi ingat syah..i x kn sekali2 putus asa. i akan dapatkan u walau apa cara sekalipun.bye sayang..mmuah".tanpa menunggu lama, Ayu melangkah laju keluar dari pejabat milik Syahir. namun dia sempat menitipkan kata - kata untuk lelaki idamannya itu.
No comments:
Post a Comment