Wednesday, August 25, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part3

"syg" lembut suara Harez mengejutkan Aisya dari tidur. Aisya masih nyenyak tidur malah selimut yang dipakai ditarik hingga menutupi muka. sekali lagi Harez memanggil lembut nama Aisya. "mama, Aisya ngantuk lagi. jap lg la Aisya bangun ye". dengan malas Aisya menuturkan kata. sangkanya, Pn.siti yang memanggil namanya. "Sayang.. cepat bangun solat subuh.".Aisya bungkam.Mata yang tadi mengantuk terbuka luas.  otaknya dipaksa memikirkan sesuatu. aku kat mana ni. kenapa suara mama jadi kasar. ehh.. mama kn sekarang kt Mekah. aishh. takkan jelmaan mama kot. emmm. tiba2 dirasakan selimut yg tadi menutupi mukanya ditarik perlahan - lahan. alangkah terkejutnya apabila melihat wajah jernih Harez berdiri segak disisinya.

"apa awak buat ni?". belum sempat Harez berkata telinganya diserbu dengan kata2 marah dari bibir Aisya. dia hanya tersenyum melihat tingkah Aisya tanpa sebarang kata. "saya dah bgtau awak yg jgn sekali2 masuk bilik saya. awak tak faham ke. tolong keluar sekarang.". "emm. untuk pengetahuan syg..ini bilik abg, skrg sape yg masuk bilik sape?. sayang..baru smlm j syg bukan main manja dengan abg. tiba2 pg ni marah2 abg lak. r u ok syg??. habis berkata Harez mengukir senyuman nakal. mungkin Aisya tidak mengingati apa yg berlaku semalam. namun, detik itu adalah detik yg paling bersejarah sejak dia bergelar seorang suami. peristiwa semalam telah membuktikan gelarannya sebagai seorang suami kepada Nur Aisya Natasya binti Lukman. dia sangat bahagia.

semalam hujan lebat n guruh. yes. aku da ingat. aku takut guruh. aku masuk bilik dia. mintak dia temankan aku tidur. jap..aku mintak dia teman aku tidur. dan dia temankan. nope. ini tak masuk akal, apa aku buat ni. aku da serahkan diri pada dia. pada suami aku. tak mungkin. tak mungkin. Aisya gigit jari. sekarang harez dah dapat haknya. patutlah sedari tadi asyik tersenyum. ahh. guruh semalam da buat aku jatuh pada tangan dia. suami aku sendiri. tak..dia tak berhak. Aisya bangkit dari katil tanpa menyedari yang dia hanya memakai baju tidur. "awak jahat. awak ambil kesempatan atas kelemahan saya. awak.." belum sempat Aisya menghabiskan kata, Harez pantas memotong. "sayang, syg seksi la.esok abg teman syg tidur lagi ye".
pappp. darah merah terasa menyerbu ke muka Aisya. segera dia menutup pahanya dengan tuala yang dihulurkan Harez. ahh. Harez sengaja mencari pasal dengannya. kemarahannya semakin meluat saat senyuman nakal Harez semakin melebar. pantas kakinya meluncur keluar dari bilik Harez. "syg,,jgn lupa mandi ye,,lagi satu..nanti dtg la amik apa yg patut kt bilik ni. abg tak nak hantar ke bilik syg.".terdengar laungan Harez yang seolah-olah memerli dirinya. ahh. dia benci Harez..

Tuesday, August 24, 2010

TERKUBURKAH CINTA??-part2

fail yang tersusun elok di hadapan lasung tidak diusik. fikiran Harez celaru dengan perkahwinannya. ahh..dia bingung..dayuskah dia sebagai seorang suami??. satu keluhan diluahkan tanpa menyedari tingkahnya diperhatikan oleh rakan sejawatnya. Kamal yang memerhati tingkah Harez keliru dengan sikap Harez. sepatutnya kehidupan seorang pengantin baru penuh denagn bunga - bunga  cinta. tapi, melihat gaya harez.emmm. mungkin Harez sedang menghadapi masalah detik hati kecilnya. perlahan-lahan dia menghampiri Harez.

" Mal, apa yg perlu aku buat?, aku bingung. perkahwinan aku dan dia hanya sebuah lakonan. dah 2 bulan usia perkahwinan kami, tapi dia lansung tak berubah. aku dilayan mcm org asing Mal, aku da tak tau nk buat apa." kata- kata itu terluah di bibir Harez. alam perkahwinan yg disangka membawa kebahagiaan hanya mimpi. "Rez, kau lelaki. kau suami dia. kau berhak dapat apa yg patut jd hak kau.dia isteri kau dan dia kena tunaikan kewajipan dia sebagai seorg isteri". pandangan yg dilemparkan ke luar di alih menghadap muka Kamal. kata2 Kamal betul, tapi..dia tak sanggup memaksa. apa yg diharapkan dari Aisya ialah cinta yg datang dari hati, bukan dari paksaan. "Mal, aku tak sanggup Mal. aku syg dia. aku x nk hancurkan harapan dia terhadap aku". " Rez, aku cuma bagi nasihat, terpulang pada kau. tapi yg pasti, kalau kau tak berkeras dengn dia. semuanya akan terus macam ni. aku cuma tak nk kau terus macam ni. kau buatla apa yg kau fikir baik tuk diri kau dan dia. aku harap satu hari nanti kau akan temui cinta yg kau cari selama ni".
....................................................................................................................................................................

hari tu Harez pulang agak lewat kerana menyudahkan laporan yang diminta oleh pegawai atasan. sejak pulang tadi, dia masih tidak melihat kelibat Aisya.emmm.. mungkin Aisya penat dan terus tertido destik hatinya. selepas siap membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak, dia ke dapur untuk mengisi perut yang berbunyi sejak dari tadi. walaupun Aisya bersikap orang asing dengan dirinya, Aisya masih melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri. hanya sesetengan tanggungjawab. Harez tersenyum sendirian. usai  makan malam. dia bernyanyi kecil menaiki anak tangga untuk ke bilik. bila perut da kenyang, mata mula lah mengantuk.

pangg!. bunyi kaca pecah mengejutkan tidur Harez. dia berkira-kira untuk mendapatkan Aisya. namun dia gusar untuk memasuki kamar tidur Aisya. bimbang Aisya akn merajuk. selang beberapa minit, hujan yang lebat disertai dentuman guruh yang kuat mula kedengaran. emm.. kenapalah aku tak dapat nk rasa nikmat berkahwin. org lain tidur peluk isteri, aku j yg tido peluk bantal. apa la nasib badan..sedang Harez berangan, lamunannya dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu biliknya. dengan malas dia menghampiri pintu biliknya. alangkah terkejut apabila melihat Aisya tegak berdiri disitu.

"awak, emm temankan saya tido blh x??. saya takut dengar bunyi guruh." sayu kedengaran suara Aisya di telinga Harez. hati Harez mula berbunga riang. mungkin malam ini akn merubah segalanya.senyuman nakal terukir dibibirnya.  tanpa disedari senyumannya dilihat oleh Aisya. "emm. sory ganggu awak. tak pe lah. saya tido bilik saya". belum sempat Aisya menoleh ke belakang, lembut Harez memaut tangan Aisya. "malam ni abg temankan syg tido ye. syg jgn takut, abg kn ada kt sisi syg. kita tido ye syg.". Aisya yang kelihatan seperti kanak2 kecil yang hanya mengangguk dan menurut tarikan tangan Harez.
......................................................................................................................................................................

Monday, August 23, 2010

cite saje2 ( smlm idea ni dtg ) tajuk dia : TERKUBURKAH CINTA?? part 1

Aisya masih seperti tadi, termenung dan terus termenung. adakalanya dia menagis keseorangan, menangisi nasib diri yang ditinggalkan. ahh. kenapa lelaki terlalu kejam. sentiasa mendera hati dan perasaan wanita. bagi Aisya, semua lelaki sama, termasuk papanya. ahh. lelaki itu tidak pantas digelar ayah. ketika dia berusia 2 tahun, dia dan mama telah menerima pemergian seorang lelaki dalam hidup. ahh. dia benci dengan papanya. kenapa harus papa meninggalkan dia dan mama saat mama masih perlu kasih seorang suami dan dia begitu dahagakan kasih seorang papa.

"Aisya..Aisya.." Panggilan mamanya tidak disahut. dia sudah tidak larat mendengar bebelan mama kerana sikapnya yang berubah. beratus - ratus kali mama menasihatkannya. tak semua lelaki sama. masih ada lelaki yang baik di dunia ni sayang. kata- kata itu bermain di mindanya. mama, kalau masih ada lelaki yang baik kat dunia ni, kenapa papa tinggalkan mama, kenapa Syahir tinggalkan Aisya??. kenapa ni jadi ma. kenapa??. persolan itu berlegar - legar di ruang fikiran Aisya. ahhh. dia sudah serik dengan manusia yang bergelar lelaki..dia benci untuk berdampingan dengan lelaki..
....................................................................................................................................................................

"mama, kenapa mama buat macam ni?". sayu suara Aisya menuturkan kata. Pn. siti seolah - olah hilang kata. dia tahu tindakannya itu tidak mampu diterima oleh puterinya. namun, apa yang dia lakukan adalah jalan terbaik. semuanya untuk melihat kebahagian Aisya. dia sudah semakin tua. mana mungkin dia sentiasa sihat untuk menjagai tingkah puterinya yang satu itu. ahh. dia sendiri bingung. namun, kegagahan dicari jua untuk menyakinkan Aisya. "Aisya sayang, Harez adalah calon terbaik untuk Aisya. mama dah tua sayang. mama takut mama tak mampu jaga Aisya lagi. mama yakin Harez mampu jaga Aisya dengan baik.".

setitis air jernih mentis di pipi Aisya. dia benci lelaki. dia tak mahu hidup bersama lelaki. tapi kenapa mama buat dia macam ni. bukan mama tak tahu hancurnya hati dia dahulu adalah kerana seorang lelaki. hidup mama juga hancur kerana papa. "mama, Aisya boleh jaga diri Aisya. mama tak payah buat macam ni. mama tahu kan ati Aisya macam mana. cinta Aisya untuk seorang yangbergelar lelaki da lama terkubur.aisya tak mampu nak tunaikan apa yang mama mintak.".pn.siti meramas lembut tangan Aisya. "Aisya sayang, mama tak pernah mintak apa-apa dari Aisya. mama harap Aisya tunaikan harapan mama. please sayang. cuma ni yg mama mintak sebelum mama tutup mata. ". Aisya terkedu. kalau sudah itu yang diminta mamanya. dia tiada pilihan lain. mana mungkin dia melukakan hati insan yang paling disayangi. perlahan-lahan kepalanya ditundukkan tanda dia setuju. berat sungguh mata yang memandang, tapi berat dibahu yang memikul tiada siapa yang tahu.
......................................................................................................................................................................

"sayang, kawan abg datang. jom kita sambut kawan abg ye". lembut suara Harez menuturkan kata sambil tanganya lembut memegang tangan Aisya. aisya hanya menurut. dia tidak mahu mamanya perasan dengan lakonan yang dia mainkan. .baginya, perkahwinan ini tidak membawa sebarang makna, perkahwinan ini adalah satu lakonan yang dibuat -buat. habis sahaja majlis, cepat - cepat Aisya naik ke bilik pengantin. dia sudah penat memberikan senyuman palsu. ahh.. dia tekad, cintanya untuk lelaki sudah lama terkubur. Harez suaminya yang sah tidak akan mampu merasa cinta dari dirinya.

"sayang". perlahan- lahan Harez merebahkan diri disebelah isterinya. petang tadi ramai kawan2nya yg memuji kecantikan Aisya. walaupun perkahwinan mereka ats pilihan keluarga, Harez tekad untuk menjaga perkahwinan ini dengan baik. cintanya pada Aisya akan disulam perlahan-lahan walaupun dia dapat merasa dingin nya sikap Aisya terhadap dirinya. "sayang".sekali lagi perkataan itu dituturkan. "please, jgn panggil saya dengan perkataan tu. i'm not ur sayang. saya kawen dgn awak sebab mama saya. saya tak akan pernah cintakan awak. saya harap awak faham dan jangan paksa saya. perkahwinan ni cuma lakonan untuk kaburi mata mama saya. saya nak tidur. "

harez sendirian di laman banglo itu. kata - kata Aisya masih tergiang - ngiang ditelinganya. mampukan dia meneruskan perkahwinan yang hanya satu lakonan. dan bilakah lakonan ini akan menuju jalan penamat. .ahh.. harez berkata sendirian, abg da mula sukakan syg sejak kali pertama abg pandang sayang. walaupun sayang tak cintakan abg, abg akan tetap cintakan syg sebab syg isteri abg dunia akhirat. abg akan cuba raih kembali cinta syg yang terkubur tu. abg yakin yg satu hari natnti syg akn cintakan abg. syg akan jd milik abg.
"Harez". panggilan itu mengejutkan lamunan harez. "ye,ma". "kamu tak tido lg k?da lewat ni. pergilah masuk bilik dan tido. kamu tu penat, perlu banyak rehat" Pn.siti menghulurkan nasihat buat Harez. harez hanya tersenyum. mana mungkin dia tido sebilik dengan isteri yang lansung tidak menghargai dirinya. keluhan kecil dilepaskan. "Rez nak cari udara segar j mama. kejap lagi Rez masuk tido, mama pergilah todur dulu. nanti jap lagi rez pun akan  tidur. selamat malam mama".
......................................................................................................................................................................