Aisya masih seperti tadi, termenung dan terus termenung. adakalanya dia menagis keseorangan, menangisi nasib diri yang ditinggalkan. ahh. kenapa lelaki terlalu kejam. sentiasa mendera hati dan perasaan wanita. bagi Aisya, semua lelaki sama, termasuk papanya. ahh. lelaki itu tidak pantas digelar ayah. ketika dia berusia 2 tahun, dia dan mama telah menerima pemergian seorang lelaki dalam hidup. ahh. dia benci dengan papanya. kenapa harus papa meninggalkan dia dan mama saat mama masih perlu kasih seorang suami dan dia begitu dahagakan kasih seorang papa.
"Aisya..Aisya.." Panggilan mamanya tidak disahut. dia sudah tidak larat mendengar bebelan mama kerana sikapnya yang berubah. beratus - ratus kali mama menasihatkannya. tak semua lelaki sama. masih ada lelaki yang baik di dunia ni sayang. kata- kata itu bermain di mindanya. mama, kalau masih ada lelaki yang baik kat dunia ni, kenapa papa tinggalkan mama, kenapa Syahir tinggalkan Aisya??. kenapa ni jadi ma. kenapa??. persolan itu berlegar - legar di ruang fikiran Aisya. ahhh. dia sudah serik dengan manusia yang bergelar lelaki..dia benci untuk berdampingan dengan lelaki..
....................................................................................................................................................................
"mama, kenapa mama buat macam ni?". sayu suara Aisya menuturkan kata. Pn. siti seolah - olah hilang kata. dia tahu tindakannya itu tidak mampu diterima oleh puterinya. namun, apa yang dia lakukan adalah jalan terbaik. semuanya untuk melihat kebahagian Aisya. dia sudah semakin tua. mana mungkin dia sentiasa sihat untuk menjagai tingkah puterinya yang satu itu. ahh. dia sendiri bingung. namun, kegagahan dicari jua untuk menyakinkan Aisya. "Aisya sayang, Harez adalah calon terbaik untuk Aisya. mama dah tua sayang. mama takut mama tak mampu jaga Aisya lagi. mama yakin Harez mampu jaga Aisya dengan baik.".
setitis air jernih mentis di pipi Aisya. dia benci lelaki. dia tak mahu hidup bersama lelaki. tapi kenapa mama buat dia macam ni. bukan mama tak tahu hancurnya hati dia dahulu adalah kerana seorang lelaki. hidup mama juga hancur kerana papa. "mama, Aisya boleh jaga diri Aisya. mama tak payah buat macam ni. mama tahu kan ati Aisya macam mana. cinta Aisya untuk seorang yangbergelar lelaki da lama terkubur.aisya tak mampu nak tunaikan apa yang mama mintak.".pn.siti meramas lembut tangan Aisya. "Aisya sayang, mama tak pernah mintak apa-apa dari Aisya. mama harap Aisya tunaikan harapan mama. please sayang. cuma ni yg mama mintak sebelum mama tutup mata. ". Aisya terkedu. kalau sudah itu yang diminta mamanya. dia tiada pilihan lain. mana mungkin dia melukakan hati insan yang paling disayangi. perlahan-lahan kepalanya ditundukkan tanda dia setuju. berat sungguh mata yang memandang, tapi berat dibahu yang memikul tiada siapa yang tahu.
......................................................................................................................................................................
"sayang, kawan abg datang. jom kita sambut kawan abg ye". lembut suara Harez menuturkan kata sambil tanganya lembut memegang tangan Aisya. aisya hanya menurut. dia tidak mahu mamanya perasan dengan lakonan yang dia mainkan. .baginya, perkahwinan ini tidak membawa sebarang makna, perkahwinan ini adalah satu lakonan yang dibuat -buat. habis sahaja majlis, cepat - cepat Aisya naik ke bilik pengantin. dia sudah penat memberikan senyuman palsu. ahh.. dia tekad, cintanya untuk lelaki sudah lama terkubur. Harez suaminya yang sah tidak akan mampu merasa cinta dari dirinya.
"sayang". perlahan- lahan Harez merebahkan diri disebelah isterinya. petang tadi ramai kawan2nya yg memuji kecantikan Aisya. walaupun perkahwinan mereka ats pilihan keluarga, Harez tekad untuk menjaga perkahwinan ini dengan baik. cintanya pada Aisya akan disulam perlahan-lahan walaupun dia dapat merasa dingin nya sikap Aisya terhadap dirinya. "sayang".sekali lagi perkataan itu dituturkan. "please, jgn panggil saya dengan perkataan tu. i'm not ur sayang. saya kawen dgn awak sebab mama saya. saya tak akan pernah cintakan awak. saya harap awak faham dan jangan paksa saya. perkahwinan ni cuma lakonan untuk kaburi mata mama saya. saya nak tidur. "
harez sendirian di laman banglo itu. kata - kata Aisya masih tergiang - ngiang ditelinganya. mampukan dia meneruskan perkahwinan yang hanya satu lakonan. dan bilakah lakonan ini akan menuju jalan penamat. .ahh.. harez berkata sendirian, abg da mula sukakan syg sejak kali pertama abg pandang sayang. walaupun sayang tak cintakan abg, abg akan tetap cintakan syg sebab syg isteri abg dunia akhirat. abg akan cuba raih kembali cinta syg yang terkubur tu. abg yakin yg satu hari natnti syg akn cintakan abg. syg akan jd milik abg.
"Harez". panggilan itu mengejutkan lamunan harez. "ye,ma". "kamu tak tido lg k?da lewat ni. pergilah masuk bilik dan tido. kamu tu penat, perlu banyak rehat" Pn.siti menghulurkan nasihat buat Harez. harez hanya tersenyum. mana mungkin dia tido sebilik dengan isteri yang lansung tidak menghargai dirinya. keluhan kecil dilepaskan. "Rez nak cari udara segar j mama. kejap lagi Rez masuk tido, mama pergilah todur dulu. nanti jap lagi rez pun akan tidur. selamat malam mama".
......................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment